Assalamualaikum.
Well.
Again, here I am. Lepas entri terakhir hari tu kononnya buat keputusan nak stop blogging because I think I have nothing more to share but today I feel like writing. rasa nak mula semula dunia blog ni dari awal. nak jadikan ini sebagai satu medium perkongsian sama ada berilmiah atau tak hihi maklumlah, ilmu belum cukup.
tapi untuk kali ni, bercerita pasal peribadi je kot. hehe. naik cuti ni, dah mula separuh akhir semester. maknanya, lebih kurang dua bulan lagi nak final exam. dan alhamdulillah, semester ni tak sesibuk semester lepas sebab tak join aktiviti komander yang peringkat UiTM yakni untuk semester ni, Komander Kesatria Endurance Challenge. cuma awal semester hari tu je sibuk sikit dengan Hari Pengenalan MPKK dengan ujian kenaikan pangkat CC1/Madya. CC1 tu, Conducting Commander 1, komander yang paling tinggi atas padang kawad, yang kawal disiplin semua komander dan pelatih dan 'kamus' bergerak komander. maksudnya, segala yang berkaitan dengan ilmu kawad tu dalam tangan je. Hari tu aku ambil ujian untuk pangkat CC1 tu lah.
alhamdulillah, boleh la. sebenarnya latihan aku buat dua tiga hari sebelum ujian, memang lah tak perfect tapi sekurang-kurangnya tak berapa nak gugup sangatlah.
dan.
semester ni.
aku.
kena.
pakai.
SPEK !!!
alkisahnya, hari tu aku, Jaja dengan Pa'ah pergi Shah Alam dengan tujuan nak berkaraoke kehkehkeh. niat pun dah 'baik'. disebabkan aku rasa tak selesa dengan tahap pemandangan mata sejak belakangan itu, aku ajak diorang teman pergi cek mata TANPA keyakinan yang mata aku rabun but in the end, yeahh ini yang akak kedai tu cakap,
"Awak rabun ni dik, kena pakai spek".
Uh hancur luluh hati ni. On the spot aku buat spek. Terpaksalah pergi ATM cucuk duit wuwuuuu~~ lari bajet bulan tu (>.<) dan jadilah aku ahli Kelab Budak Empat Mata. and, rabun jauh tak tinggi pun, cuma silau haaa. mata kiri tinggi sangat. nak tak nak, buat jugak spek tu. ehem, dan style yang aku suka sejak berkurun dulu, nerd (>.<)

cuti midsem ni, hati ni macam terpanggil untuk bukak myspace. aku pun tengok satu-satu komen lama-lama dulu yang belum aku delete. habis baca komen, tengok gambar. then stalk someone's profile yang mana kali ni memang macam terasa Allah sebenarnya nak tunjuk kebenaran pada aku walaupun dah tiga empat tahun lepas kenangan tu berlaku.
tapi myspace bukan permulaannya aku jumpa bukti-bukti tu. entahlah, aku pun tak tahu nak bercerita. kadang-kadang aku ni main bukakk je wall siapa2 pun kalau kat facebook tu. page itu, page ini. group itu, group ini. kadang bukan apa, cuma suka tengok gambar-gambar orang lebih-lebih lagi photogtapher.
dan ini kali, memang aku terjumpa 'dia'. entah kenapa hati aku rasa sebak. mungkin kenangan lama kot. bukan ada perasaan lagi tapi entahhh. susah aku nak cakap. entri lama-lama dulu (sebelum kena delete hehe) , kadang-kadang ada aku update luahan perasaan masa sedih.
dan setiap entri sedih tu, mesti ada unknown yang komen. aku tak tahu kenapa aku rasa pengomen tu ialah 'dia'. serius, aku tak tahu.
dan semalam, aku jumpa satu blog ni. dari gaya penceritaannya, aku dapat merasakan itu 'dia'. seriuskah? mula-mula aku nafikan. yelah, gaya penulisan orang kan berkemungkinan sama. lagipun, aku tak pernah tahu dia ada blog. tapi, hati aku rasa nak stalk facebook owner blog tu then what I found is, yes, ITS REALLY HIM AND I'M TRULY SHOCKED. instinct aku yang kuat mengatakan itu dia.
tapi aku tersenyum.
banyak sudah perubahan seorang 'dia'.
yang negatif ke positif.
yang jahil kepada alim.
aku pun mahu begitu.
apakah mampu?
(:





