The Bitter The Sweeter

Assalamualaikum.
Aloha~~ :D

"puh puh! tiup habuk dalam blog"
"peh, bersawang habis"
"tengok sampai ada spiderman"

_ayat klise bilamana dah lama tak update blog_
(-___-!!)

and I've just finished my final exam for Semester 4. jyeah~ it was awesomely horrible (!) whateverlah~ let bygone be bygone, just hope no failing paper. uhuk~ pray and tawakkal, insyaALLAH. well, the semester seems to be quite tough. tak sesibuk semester-semester sebelum ni sebab tak banyak aktiviti, tapi rasa macam penuh dengan konflik dan ego.

konflik & ego.

dan suara2 yang memberontak dalam diam.

kadang2 aku terfikir, perlu tak aku memberontak? perlu tak aku tinggalkan sahaja semua ni? perlu tak aku lupakan yang susah dan hidup senang lenang tanpa ada sikit pun rasa serba salah sebab dah tinggalkan tanggungjawab tu? biarlah tak payah buat, kalau buat pun bukan ada orang kisah. masing2 nak lari.

kemudian, aku terfikir lagi. Allah, pengecutnya aku ni. tak berani tanggung risiko. habis tu kenapa dulu aku nak masuk sangat? kenapa mula2 aku berani tapi lama2 aku nak lari sebab tak sanggup nak menghadapi? aku tenung dalam2 diri aku ni. dan punca yang aku jumpa, PENGARUH.

sejujurnya, aku memang mudah terpengaruh dengan orang2 sekeliling. baik orang keliling, baiklah aku. jahat orang keliling, jahatlah aku. itu jadi salah satu punca yang ada masanya aku duduk bersendirian, kunci bilik tutup tingkap tutup langsir, sebab aku takut ada anasir2 yang membisikkan kata2 penjatuh semangat.

awal semester haritu, aku ambil ujian pemilihan Conducting Commander I (I sebut satu) dan Komander Madya. aku calon CCI. sebelum ambil ujian tu, aku sendiri dalam dilema, tak tahu mahu atau tidak sebab pencalonan bukan atas kehendak aku sendiri. berkali-kali aku cakap pada Kak Kama yang aku tak nak, tapi kalau cakap macam tu kat dia, memang sah2 aku akan kena counter attack.

"Habis kalau bukan kau, siapa lagi? Aku ni dah nak habis. Nak suruh aku sambung lagi??!!"

dan bila aku fikirkan balik, kesian jugakk kat junior nanti. berminggu-minggu jugakk aku fikirkan perkara tu. tengok kawan2 aku yang batalkan diri daripada menjadi calon buat aku jadi tak keruan. perlu atau tidak?? jadi aku cuba ubah pendirian. aku beranikan diri menghadapi dan aku teruskan.

Alhamdulillah, aku dapat jalankan ujian walaupun banyak kelemahan. dan sekarang ni aku dah pun menyandang jawatan CCI yang mana aku adalah kuasa tertinggi atas padang kawad. ehh, bukan tinggi macam tu maksud aku. kiranya macam aaaaaaa, rujukan lah. aku pegang disiplin komander2 lain, macam2 lagi.

sesetengah kawan2 aku cakap, "Huiyo" "Bestlah" "
Itu lah ini lah, yang telinga aku tak sedap nak dengar. bukanlah keluarkan kata2 yang negatif, tapi impaknya negatif pada aku dan aku anggap itu sebagai reverse psychology. bukan ke arah yang positif, tapi ke arah yang negatif. buatkan aku terasa nak letak jawatan.

aku menangis sendiri atas katil tutup muka dengan dengan bantal sampai tertidur. diorang tak pernah tahu, dan mungkin diorang tak tahu sebenarnya jawatan ni terlalu berat untuk orang yang macam aku, I mean, mudah kesiankan orang lain. nak denda, kesian. nak marah, kesian. aish~ nak buat benda semua serba tak kena. lebih2 lagi sebab kebanyakan mereka itu umurnya lebih tua dan aku ada rasa hormat walaupun aku lagi tinggi jawatannya dan mereka tak ada rasa hormat pada aku.

aku tak kisah semua tu. sebab pada aku, ini ujian. ini cabaran. masuk universiti, kalau setakat duduk kat meja asyik belajar belajar dan belajar, bila lapar pergi makan, bila mengantuk pergi tidur, bila bosan main game, baik duduk rumah. self study. belajar tentang kehidupan dah cukup.

masa aku masuk universiti dulu, aku letak 2 aim.
1) Anugerah Naib Canselor (tak ada peluang dah sebab sem 2 aritu tak DL haha)
2) Kemahiran Insaniah

jadi dengan join benda2 ni, walaupun kebanyakan masanya sangat menyakitkan hati, melemahkan semangat, aku anggap tu perencah rasa penambah sedap untuk menu pengalaman aku. air mata aku anggap sebagai jus yang melegakan dahaga keperitan aku.

ouh, dah panjang rupanya aku tulis. hahaha

aku taip panjang2 sebenarnya untuk bacaan aku sendiri nanti kemudian hari. sebab sekarang dilema tu datang balik menghantui. ada jawatan2 yang agak tinggi yang perlu diisi dalam organisasi. dan mereka fikir, mungkin aku nak jawatan ni.

Allah, selama ni aku ingatkan mereka support, rupanya tak! pecah berderai perasaan aku. ye, mungkin aku tak pernah melalui perit yang kau rasa masa kau disitu, tapi aku ada pendirian aku, dan aku anggap itu cabaran. aku tak kata amanah tu mudah, amanah tu senang. malah sangat berat sebenarnya.

dan paling penting, aku anggap diri aku PENGECUT kalau aku lari. itu cara aku. walaupun aku takut, aku akan cuba sebab aku rasa, Allah kata aku layak. Allah tanamkan dalam hati aku yang aku sanggup.

memang mudah berkata-kata sebab aku tak pernah melalui kan?? sebab perasaan trauma kau dengan aku dalam situasi berbeza walaupun sebenarnya benda yang sama. tapi aku nak cuba, aku tahu itu akan menyakitkan aku tapi aku nak cuba.

cuba.

Kau akan terus penat dan takut kalau kau tak cuba nak atasinya, hanya mengeluh dan mengeluh dan mengeluh tentang kepenatan yang kau dah pernah rasa. dan mungkin kau tak terfikir peluang kali kedua ini untuk kau membetulkan apa yang tak betul, dan mungkin jalan yang ALLAH nak tunjukkan pada kau untuk kau perbaiki kelemahan diri.
-Kau itu aku-




dah lah, aku nak lupakan semua ni.