Assalamualaikum.
Ehem~ azam sebelum cuti nampaknya tak tercapai. konon nak selalu update dengan benda berpekdah tapi fail dan fail dan fail eheh. sejak semangat buat biskut raya tanpa emak disisi akhir ramadhan haritu memang aku dah jarang bukak blogger. blogwalking pun malas, apetahlagi nak update. hewhew~
3 Ogos 2013.
Hari keluarnya keputusan Imtihan Akhir bagi pelajar UiTM. setakat ni aku rasa aku tak pernah tak share pasal result aku. bagus ke tak bagus ke semua aku anggap sebagai motivasi diri. dan seperti yang aku agak, result kali ni jatuh. banyak jugak lah.
KRONOLOGI RESULT:
3.78 >> 3.12 >> 3.74 >> 3.40
semester lepas result aku 3.74. banyak jugak jatuhnya ni. tapi memang dah expect macam ni resultnya sebab entah kenapa semester 4 ni penyakit malas aku men-jadi2 yang amat. asal malas je ponteng kelas terus haha. extra kelas masa minggu study week pun tak pergi. untuk subjek IMS455 tu ada 3 kuiz aku tak hantar. kalau tak insyaALLAH dah boleh lepas 3.50 result tu. tulah Scya, orang kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian gigit jari je lerr~~
pada aku, ni kira nasib baiklah rezeki kali ni agak baik. setimpal dengan usaha yang asyik tidur je lah kan. dah tu masa minggu imtihan tu aku diserang virus candy crush !! tambah2 lagi dengan demam. uh~ demam kali ni buat aku susah nak tidur malam. ada satu malam tu memang tak boleh tidur langsung, dah lah esoknya paper killer IML555. untuk pengetahuan, subjek Cataloging ni memang yang paling susah bagi pelajar2 jurusan pengurusan perpusatakaan/pusat sumber. ingat senang nak catalog?? huk3 dah lah kelas tu paling banyak aku ponteng haha nasib baik tak kena ban daripada exam !!
macam biasa, azam selepas dapat result sama macam azam tahun2 sebelum, I want to do better for next semester !! ah konon !! (>.<)
by the way, cuti dah nak habis. 9hb September mula kuliah semester 5. tapi aku kena balik awal. 2 minggu sebelum kuliah mula untuk latihan Kawad Ambang Kemerdekaan dan rutin komander, crowd control pendaftaran pelajar baru dan lama.
tapi aku kecil hati sikit dengan anak2 buah aku. hmm~
komitmen ni berat sebenarnya kan? bukan semua orang boleh buat.
uhuk uhuk~
p/s: tahun ni tak ada gambar raya langsung






