Tarik nafas, lepas.
Tarik lagi, lepas lagi.
In The Name of Allah.
The Most Gracious.
The Most Merciful.
Dear Ell?
Kenapa Ell? atau;
siapa Ell?
soalan tu IKK tanya aku beberapa hari yang lalu.
Ell tu, asalnya, memang aku maksudkan seseorang. Adalah orang tu~ biarlah hati je yang tahu :) tapi sekarang tu tak lagi. Ell tu dah kira macam nama unprivate diary aku. Untuk moments wechat, aku akan taip Dear Ell, for most of single moment yang aku post. yelah~ sebab aku rasa macam aku bercakap dengan diary aku.
wechat ID : scyamohamad (in case nak cari)
hihi.
aku sebenarnya hari ni, entah. hati rasa, entah. rasa macam, entah. entah, dan entah, dan entah. ada seribu satu cerita pasal dia, yang aku tak tahu (bukan IKK). aku, tak tahu status perasaan aku pada dia. memang, memang ada rasa, tapi aku tak tahu rasa apa.
suka? aku yakin tak. entah, lagi.
tapi, lately Allah macam nak buka mata aku luas2. tak banyak yang aku tahu, tapi apa yang aku tahu tu, mampu buat hati aku rasa tertusuk sakit. kenapa? aku jawab lagi sekali, entah.
sebab suka kah? tak mungkin.
hari ni, ada lagi fakta yang aku baru tahu. dan ya, sakit lagi. tapi aku pura2 okay saja. entahlah. entah !! tak tahu nak kata oii~
Allah.
jauhkan aku daripada perasaan ini.
sakitnya ya Allah, hanya Engkau sahaja yang bisa memahami.
sekalipun aku dan dia tiada apa-apa.
dan kerana itu, mohon aku diberi kekuatan untuk menjauhkan diri.

hakikatnya, ada beberapa kali cubaan aku nak menjauhkan diri tapi entah kenapa gagal.
punca? entah. aku tak tahu dan tak faham. serius.
sudah gila mungkin?





