Apa mungkin kau rasa? Oh, mungkin tidak.



Terima kasih untuk masih setia. sebab aku tahu yang kau perasan betapa jiwa aku masih tak dapat move on dengan sebelumnya.


Terima kasih tak mempersoal dan minta aku lupakan dia. dan terima kasih untuk bersabar membuat aku jatuh cinta.


Aku tahu kau perasan setiap erat jemari aku tak bermakna. aku tahu kau perasan ada kala renung mata aku tak ada apa.


Aku tahu kau perasan ada ketika jiwa aku tak punya rasa. aku tahu kau perasan ada saat aku leka memikirkan dia.


Tapi dengan setiap yang kau perasan tentang aku, kau masih setia dan terima. kau masih ada dan tak memaksa aku untuk wujudkan rasa


Tapi aku harap kau perasan juga, ada kala renung mata aku bermakna yg aku cinta, yang aku tak mahu hilang kamu, yang aku mahu kau selalu ada


Harap kau perasan, setiap genggam kemas jemari aku, bermakna aku tak mahu kau pergi dari sisi, tak mahu kau tinggal aku sendiri.


Saat aku sarung cincin pada jari, aku janji untuk tak akan lepaskan kamu sampai waktunya tiba.


Aku kan ada seperti kau ada untuk aku. aku kan setia seperti kau setia untuk aku. dan aku kan percaya selagi kau percaya pada aku.


Apa nak buat dengan sakit hari2 ni? haih. tired.

credit: EncheParanoda