Laut Cinta Cela

Harus lari pergi
Redah angin yg menderu mari
Entah ke mana lagi
Persoalan yg bertubi

Terbaring sepi
Di-gigi air atas pasir
Dipukul buih-buih putih
Ditarik pelan-pelan masuk air
Diam dan biarkan

Biar terus ditarik
Biar tak melawan
Biar terus tenggelam
Rela lemas tak bernafas

Dalam mata yg terpejam
Bayangan semalam datang menghentam
Hati yg cela ini sama dibawa
Air masin ini memedihkan parut luka yg ada

Biarlah
Biarlah aku terus lemas
Biarlah aku terus sakit
Aku bawakan rasa ini
Aku hanyutkan jiwa ini
Biar cela apa pun
Tak tergugat

Kerana aku masih yakin
Dia sempurna--