Assalamualaikum.
Well, hello again.
AMARAN 1: ENTRI NAMPAK MACAM PANJANG TAPI BANYAK MERAPU JADI PANDAI-PANDAI SKIP SENDIRI.
AMARAN 2: AKU BUKAN BUDAK PANDAI CUMA SAJA NAK KONGSI JE
MAAFKAN PATIK KERANA ENTRI AGAK CARCA MARBA. KUANGKUANGKUANG.
Aku bekas pelajar asasi dan maaf kata, aku labelkan diri sendiri sebagai 'manusia gagal' bila berakhirnya zaman asasi. Jadi, hari pertama daftar sebagai pelajar ijazah, aku tanam dalam hati:
Aku mesti tebus 'kekalahan' zaman asasi. Mesti. MESTI !
Pertama sekali adalah, niat. Lillahi ta'ala. Betulkan niat masing-masing. Tanam dalam hati, 'Aku belajar kerana Allah ta'ala, kerana ummah, bukan mengejar pointer semata-mata. InsyaAllah dipermudahkan urusan yang kemudian.
Kalau tanya aku, hidup kat universiti ni bukan sekadar kau masuk kelas hadap pensyarah balik buat assignment makan tidur bla bla bla tapi kat sini ni lah kau boleh mula belajar kenal maksud sebenar 'hidup'. As for me, I must find something that makes me different from anyone else, something that gives me extra credit. Dari itu, aku terjun ke dalam dunia Komander Kesatria.
Everyone knows kalau jadi komander ni hidup macam lifeless, itu kata mereka lah. Tapi aku kata, we have our own way of living. Kami tak sama macam semua orang. Ye, kami sibuk latihan macam-macam, hujung minggu hilang tak jumpa. Tapi hilang kami hilang pergi menimba ilmu mengerat ukhuwah menanam bibit cinta eh eh eh~~ kehkehkeh. Dalam komander lah aku belajar macam-macam. Dari awal aku jadi komander aku pasang cita-cita nak capai dua perkara:
1) Anugerah Dekan setiap semesterini baru intro ye, baru intro. kah kah !
2) Bersara dengan pangkat Komander Madya




Untuk mula-mula ni, aku nak cerita pasal cara aku belajar. Kata orang, seimbangkan kurikulum dengan kokurikulum (ko-k), mantapkan kemahiran insaniah. Aku definiskan 'seimbang' itu begini:
Pointer bagus, KI tak bagus : Tak seimbang*akan sembang pasal 'seimbang' pada kacamata seorang Syahierah dalam #Part 2
Pointer tak bagus, KI bagus : Tak seimbang
Pointer bagus, KI bagus : Seimbang
Pointer hebat, KI hebat : Bonus wa cakap lu !
Macam mana pula aku definisikan pointer tu bagus? Pada aku ni depends on masing-masing punya definisi. Masing-masing tahu kemampuan diri sendiri so buat range based on your own capability. Tapi jangan letak tahap maximum, cuma definekan tahap minimum sahaja. Contohnya kalau aku sendiri, sebolehnya jangan kurang daripada 3.3. Maksudnya kat situ nak tak nak kena letak effort macam mana sekalipun untuk pastikan pencapaian berada dalam range yang dah ditetapkan. Nak motivasi lebih sikit?
Tulis besar-besar tampal dekat dinding depan meja belajar atau mana-mana tempat yang selalu tengok.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Serius, itu je cara aku memotivasikan diri kalau bab belajar ni. Orang yang kenal aku duduk dengan aku tahu lah aku ni malas belajar kuat tidur kehkehkeh. Mak pun cakap benda yang sama. Iya ! Tak tipu ! Ampun mak ampun ! Ok sorry sorry.
PERINGATAN: Janganlah melampau sangat sampai nak letak minimum 2.5, semua budak U kan? Tahu langit tu tinggi atau rendah kan kan ? Kalau tak tahu meh nak tanam hidup-hidup.
Tips belajar aku sendiri:
- Fokus dalam kelas
- Buat peta minda untuk setiap nota
- Jawab past-years exam paper
Tips ni semua yang orang biasa bagi, kan? Memanglah. Memang itu je asasnya. Jujur kata aku dalam kelas pun banyak main-main tapi aku mula main cuma bila otak dah betul-betul tak boleh fokus. Cuma nak main masa dalam kelas tu kena berpada lah jangan sampai hilang 100% fokus tu. Plain water is very helping, seriously.
Tips ulangkaji. Like what I've stated above, buat peta minda. Aku pernah cuba guna teknik shortnote, yang orang duk buat nota pendek-pendek lipat-lipat A4 paper tu lah. But seems like aigooo~ I'm just copying bulat-bulat everyword from textbook lah. Sedar tak sedar kebanyakan kita buat perkara yang sama. Ini based on notes yang kawan-kawan aku buat jugaklah. But to me, ini kurang membantu dan agak mengambil masa untuk siapkan nota dan nak hafal tu.
So I prefer to use mind-mapping techniques and minimize the use of words. Singkat se-singkat-singkatnya. Ada macam-macam jenis peta minda so you can search them yourselves lah.
How do I study using mind-map?
- Study and understand the topic
- Create a mind-map, use keyword only
- Understand mind-map created
- Remember keyword
Senang je sebenarnya. Dah rasa okay tu cuba jawab soalan-soalan latihan sama ada dari buku teks atau kertas peperiksaan yang lepas-lepas. As for me, since I'm too lazy to study this seems to be a very good method lah hehehe.
Aku buat past year exam papers tu bukan macam jawab exam. Aku jawab sambil tengok mind map. Tengok keyword, kalau betul-betul tak ingat baru rujuk nota. Plus, janganlah jawab setakat satu semester je, jawab banyak-banyak. Tak print pun tak apa, tengok soalan atas skrin jawab atas kertas. Lagi satu, masa jawab soalan aku biasa tulis keyword kat tepi sambil tu baca jawapan dengan mengeluarkan suara, cukup sekadar yang telinga sendiri boleh dengar.
Itu je yang aku buat. Sungguh, itu je. Masa lain aku banyak tidur hmmm tapi kena tak gemuk lagi haihh.
Cerita pasal pointer seorang Syahierah. Sungguh lahai~ pointer aku bukanlah hebat sangat. Tahap biasa-biasa je sebenarnya. Aku pernah rasa pointer tinggi sikit, rendah, jatuh menjunam dan sebagainya. Nak kata aku dekan setiap semester pun tak juga. Sangatlah tidak. Jujurnya dua kali je lahai aku pernah dapat Anugerah Dekan tu (tapi langsung tak pernah pergi hi-tea perdana hahahhahaha).
Aku bukanlah orang yang selayaknya dijadikan 'idola' tapi macam dah cakap awal tadi, ini sekadar berkongsi cerita.
Semester 1, alhamdulillah aku mula dengan baik.
Semester 2, jatuh 4,095m dengan kelajuan seribu tahun cahaya menujah bumi
Semester 3, naik sikit pakai jet F50 dan kembali stabil.
Semester 4, hmm tahap 50:50 je lah
Semester 5, stabil tapi CGPA jatuh.
Semester 6, GPA naik CGPA turun.
Semester 7, rujuk sini.
See, I did not achieve my first cita-cita which was to get AD every semester, tapi itu bukan syarat untuk nak patah hati remuk jiwa bagai. From my point of view lah kan, the only thing is to ensure that you have a stable result. Naik sedang-sedang, turun sedang-sedang. You know your own performance kan. Klisenya perumpaan hidup ini:
Bumi ini bulat
Berputar dalam bentuk bulat
Malam akan kembali bertemu malam
Siang akan kembali bertemu siang
Roda itu bulat
Berputar dalam bentuk bulat
Ada masa kau diatas
Ada masa kau dibawah
Kemungkinan kau akan jatuh, sebab tak reti nak imbangkan diri.
Lagi satu, pointer is not everything lah. Allah tengok pada usaha, bukan pada hasilnya. Dan setiap hasil yang kita dapat tu sebenarnya datang dalam bentuk ujian; berjaya, ada kita sebut alhamdulillah?, kurang berjaya, ada kita bersyukur dengan rezeki yang dia bagi?
Kalau sekarang pointer kurang bagus, jangan risau. Andai betul dah beruasaha sungguh-sungguh percaya dan yakinlah Allah akan beri satu ganjaran yang umph! gitu. Cuma perlu belajar bersabar dan redha serta tak putus asa.
Kita tak boleh ikut cara orang sangat sebab kemampuan kita berbeza. Itu sebab pentingnya faham diri sendiri. Kena tahu apa yang boleh penuhi rohani dan jasmani yang boleh support kita terima sesuatu dengan mudah.
Cakap pasal rohani, kena selalu 'bagi makan'. Banyak amalam-amalan yang aku percaya, korang sendiri amalkannnya. Jangan biar rohani lapar, kesian. Kesian rohani. Kesian nafsi. Kalau perut lapar, tak ada tenaga, kan? Samalah macam rohani jugak. Rohani pun tahu lapar.
Banyak ayat-ayat suci, doa-doa amalan, yang boleh bantu kita cerahkan hati.
Salah satu ayat yang aku amalkan adalah surah an-Nur, 24:35.

TERJEMAHAN: Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Sejak zaman sekolah aku amalkan ayat ni yakni dikongsi oleh Kak Sidrah lepas solat maghrib dulu. InsyaAllah, diterangkan hati dan dipermudahkan penerimaan ilmu dan alhamdulillah, atas keyakinan akan keberkesanannya, aku rasa memang membantu.
Banyak-banyak minta kepada Allah dipermudahkan atas apa jua urusan. Kita manusia ni takkan mampu berdiri sendiri nak capai apa pun tanpa izinNya.
'Man jadda waja, wa man zaro'a hashoda'
Akhir kata untuk #Part 1 ni,
Ilmu ni luas. Ini cuma sekadar 'akademik' di fakulti. Ilmu yang akan kau kongsikan dengan seisi dunia, tapi fikirkan cara kau nak jadikan ilmu ni sebagai saham akhirat kau. Tahu macam mana nak jadikan apa yang kau belajar selama ni bermanafaat? Fikirkan sesuatu tentangnya.
Balik pada niat. Kalau niat dah betul, ketawa dan kecewa itu merupakan hikmah.





