Assalamualaikum.
Belakangan ni, banyak perkara yang terjadi pada aku. Bukan setakat secebis rasa, dah bercebis-cebis dah tak terkira.
Dalam masa sehari, macam-macam perasaan datang. Marah, gembira, sedih, semua nak datang menyentap hati dalam satu masa. Macam orang gila pun ada.
Tapi.
Dalam banyak-banyak perkara, ada satu yang aku tersedar tentang keajaiban sebuah hikmah.
Lebih kurang setahun yang lalu, aku terpadam beberapa item dalam handphone yang pada aku sangat berharga dan sangat penting masa tu. Memang masa tu rasa sedih dan kecewa. Tambah-tambah pabila beberapa bulan kemudian perkara yang aku tak ingin terjadi, telah terjadi.
Hilang semangat
Tiada lagi kuat.
Aku cuba berdiri sendiri namun asyik terlalu mengadu pada manusia. Dalam hati turut juga aku minta pada Yang Esa agar dijauhkan segala rasa dan mohon kekuatan, mohon petunjuk. Mohon kiranya baik, maka dekatkan dan kiranya tidak, semoga dijauhkan.
Dalam minggu ni, aku dilema sama ada mahu menutup akaun Instagram atau tidak memandangkan aku ada penyakit kuat selfie sobsss~ pelan pelan lah aku cuba untuk tidak post gambar sendiri. Gian aku untuk upload gambar di Instagram aku alihkan pada kucing, I mean, aku upload gambar kucing. Ada juga upload gambar sendiri lagi cuma tak lama lepas tu aku akan delete.
Dan lagi.
Dalam masa sehari (9 April 2015), Allah seakan menjawab rintihan hati aku yang minta untuk dijauhkan daripada beberapa perkara.
Skrol twitter, buka blog, instagram, baca puisi. Semua ter-tak-sengaja yang berkaitan.
Terus aku diam sendiri merenung diri. Apa yang selama ini aku tunggukan? Apa yang selama ini aku nantikan? Aku sendiri tak terjawab pertanyaan tu. Sampai aku terjumpa Surat Cinta seolah-olah faham dengan resahnya aku ketika itu.
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam). " (Surah al Qasas: 28: 56)
Allah beri petunjuk kepada mereka yang mahukan.
Dan pagi itu aku bangun dan menerima satu berita yang menjawab persoalan lain dalam benak fikiran aku selama ini. Sungguh. Luluh serasa hati ini. Lemah untuk seketika.
Tapi cepat minda aku tertangkap pada perkara yang terjadi setahun lalu. dan, Subhanallah. Inilah hikmahnya. Itu ujiannya. Itu ujian yang aku lalui. Dan hari ini mata aku terbuka, diberi petunjuk dan melihat keajaiban sebuah hikmah.
Allah tunjukkan aku kebenaran ketika aku seudah bersedia menerimanya dengan hati terbuka. Sungguh, Dia tak dan takkan pernah mengecewakan, hanya memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya.
Allah tunjukkan aku kebenaran ketika aku seudah bersedia menerimanya dengan hati terbuka. Sungguh, Dia tak dan takkan pernah mengecewakan, hanya memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Dan aku kini lebih lebih dan lebih yakin peracangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hamba-Nya, dan sebagai hamba, harusnya dipupuk sifat sabar dan yakin terhadap setiap perkara yang terjadi.
Jadi, kiranya ada sahabat yang membaca blog aku kali ini, have faith in Him.
Setiap apa yang berlaku, ada asbab musababnya dan cubalah tempuh dengan penuh keyakinan dan kesabaran. Bertawakkal kepada Allah.
Dan ingat serta percaya, hanya tiga perkataan,
PASTI ADA HIKMAH.
Salamun alaik.
Moga kalian baik-baik sahaja meniti jambatan dunia.

p/s: Jadinya, aku nekad untuk tutup terus beberapa akaun media sosial yang aku ada termasuk Instagram aku sendiri.





