
Tentang pilihan, saya ada terfikir tentang sesuatu. Saya ada terbaca dalam buku Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada, ditulis oleh Hilal Asyraf. Saya cuma kongsi sedikit sahaja disini tentang pilihan, cuma secara ringkas.
Rasanya semua tahu, betul?
Dalam hidup ni, semuanya kita kena pilih.
Nak makan? Tak nak makan?
Nak belajar? Tak nak belajar?
Nak berjaya? Tak nak berjaya?
dan yang sewaktu dengannya.
Dan pilihan pula ada dua, hanya dua. Sama ada yang baik, atau yang buruk. Tiada yang ditengah-tengah. Kalau ditengah, selalunya lebih cenderung kepada yang buruk, atau dalam Islam, kita sebutkannya sebagai syubhah. Dan apa-apa yang syubhah, kita harus mengelakkannya. Lebih baik, bukan?
Mana-mana yang kita pilih pun akan memberi kesan.
Pilih yang baik, baiklah kesannya.
Pilih yang buruk, buruklah kesannya.
Tak begitu? Atau, macam mana?
Bila sebut tentang pilihan ni, akan datang soalan mahu atau tidak?
Diantara mahu dan tidak itu wujud satu tembok besar yang bakal menjadi penghalang.
Sebagai contoh mudah saya disini, mahu berjaya atau tidak?
Katakanlah awak pilih mahu.
Awak akan berusaha memikirkan apa jua cara pun untuk melepasi tembok tadi. Nak pecahkan, nak gerudi, nak guna tukul, nak pakai apa alat pun, awak akan cari jalannya. Dan harus ingat, awak mungkin akan luka, penat, bahkan putus asa ! Tapi sekiranya niat awak betul, dan pergantungan awak kepada Allah itu benar-benar ampuh, maka percayalah, awak akan berjaya juga pecahkan tembok itu nanti.
Bagaimana pula sekiranya awak pilih tidak mahu?
Nah ! Bermakna awak pilih untuk berada dalam zon selesa. Awak taknak cuba untuk melepasi tembok tersebut dan cuma memandangnya. Awak akan terus berada di tempat yang sama tanpa berganjak. Jadi, bagaimana awak akan berjaya, betul?
Untuk membuat pilihan, kita seharusnya memikirkan kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang kerana kedua-duanya akan memberi impak kepada jalan yang kita pilih.
Dan yang penting, pilihan haruslah dibuat dengan redha Allah supaya tidak mendapat kemurkaan-Nya,
p/s: Sekiranya pilihan itu sukar, maka istikharah memohon petunjuk daripada Yang Maha Berkuasa dan Hanya Dia Yang Esa.





