FB Cover Photo: Lovely Apparel

Assalamualaikum. Phew~ tarik nafas, lepas.

Dah lama sangat tak bersenam, buat kerja sikit rasa penat. Lagi-lagi bila asyik menghadap lappy ni haaa.

Okay-okay, abaikan. Saya nak kongsi ni ha. Ada kawan minta tolong buatkan cover photo untuk page di Facebook beliau. Nak buat cantik-cantik hebat-hebat saya tak pandai, jadi hasilnya simple je lah sobs~ tengah belajar lagi niiii.

Sesiapa rasa nak beli jubah murah, jemputlah ke FB Jubah Ready Stock & Custom Made RM65 ni. Serius, harga serendah RM65 dah boleh dapat sehelai jubah. 

Kalau rasa nak buat ikut citarasa sendiri pun boleh, harga akan ikut cemana design tu nanti tapi memang murahhh wa cakap luuu~~ nak beli jubah sekarang pun harga kebanyakannya dah RM100 itupun kadang-kadang tak ikut syariat sangat. Melekat sana sini ish ish ish.



Selain itu, kalau rasa nak cuci mata tengok dress cantik murah up-to-date  boleh pergi page Lovely Apparel pulak, tagline dia 'One Stop Center for Muslimah Exclusive Products'. Nanti kot-kot ada duit lebih nanti saya pun nak beli lah, support kawan-kawan. Lagipun baju-baju saya sendiri banyak yang 'remaja' sangat. Teringin jugak nak rasa jadi 'wanita'. HAHAHA.




Ye, dah kata simple design je. Tahab newbie lagi ni hahaha setakat kawan-kawan sendiri boleh lah kawtim. 

Sekarang ni nak siapkan dua template pulakk. Phew phew~ sekurang-kurangnya ada jugakk kerja daripada duk mereput tak buat apa hiks.....

p/s: Jadi orang tak kreatif secara natural ni banyak dugaan whoaa (T___T)