Assalamualaikum.
Selamat menempuh hari-hari terakhir Ramadhan tahun ini ^_^
Dedicated to my housmates, 5C10 ---
"It's the times we're so crazy,
that people think we're high.
It's the times we laugh so hard,
we can't help but cry.
It's all the inside jokes
and "remember whens".
those are all the reasons
that we're best friends!"
-----------------------*****---------------------
Kali ni nak cerita pasal ahli-ahli rumah sepanjang semester ini. Scya duduk kolej, alhamdulillah jimat duit sewa rumah dan yuran kolej sebab kat UiTM ni Scya salah seorang Komander Kesatria, jadi kami dapatlah kelebihna dikecualikan daripada bayaran yuran penempatan. Bagi badan beruniform ni memang ada level khas untuk kami dekat kolej, tak campur dengan pelajar biasa.
Alkisahnya, disebabkan Scya baru sambung Master semester ni, Scya asalnya tak ada tempat pun dalam Level Komander ni, jadi Scya menumpang level komander dulu sementara tunggu pendaftaran untuk pelajar rayuan. Nasib baiklah ada katil kosong.
Dipendekkan cerita, Scya dapat rumah 5C10, lagi syyiok sebab serumah dengan junior yang Scya rapat dulu yakni Mira & Aini. Yatt je rumah bawah. Dengan ahli rumah yang lain Scya asalnya tak berapa rapat sangat. Yati, Huda, Intake 48, sekali dengan Mira & Aini tapi memang dari dulu tak rapat sangat pun. Yang lain tu, Kak Syad, Ain & Shera, Intake 49. Lagilah tak kenal sebab Scya dah habis belajar masa diorang masuk.
Tapi makin lama makin rapat dengan diorang semua.
Total ahli rumah 5C10 ni 8 orang, kira full-house lah.

Punya susah nak ambil gambar semua sekali, akhirnya dapat masa dinner haritu.
5C10 ni, ada masa bising dan senyap sendiri. Selalunya Isnin-Khamis memang akan sunyi sebab semua pakat siapkan kerja masing-masing. Mula je Khamis malam Jumaat, mulah bingit dia.
Buka Youtube, pasang karaoke. Nyanyi ramai-ramai.
Kadang-kadang buka Just Dance, menari tengah malam.
Tapi aktiviti paling best adalah bahan-membahan. Tak ada siapa pun terlepas. Pantang ada bahan, memang kenalah orang tu. Kalau Scya, masa awal-awal diorang usik Scya dengan seorang classmate ni. Tapi lepas dapat tahu Scya ada contact dengan seorang instructor masa pergi program dekat AsiaCamp haritu, lagilah diorang bahan.
Maklumlah, Scya dah lama tak chat dengan sesiapa (you know what I mean). Ni tetiba duk Whatsapp-ing, sengih-sengih sensorang. Pantang nampak Scya sengih, memang kena betul lah. Padahal Scya kawan je dengan dia tu, Seriuslahh kawan je. Bukan selalu pun, kadang-kadang je sembang through Whatsapp. Tapi memang Paling takleh blah masa KakSyad balik dari kem bomba(they went to the same campsite) haritu, lagilahhh. Hidup-hidup Scya kena tipu. Si WanZack tu kata bukan diorang jadi fasi diorang, rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa hmmmm seronoklah KakSyad bahan Scya -,-
Dan aktiviti kegemaran kitorang, conteng-conteng muka yakni mekap (make-up). Huda lah yang selalu sponsor barang mekap sebab dia ada complete set punya. Scya memang pow diorang je haha sorry and thanks koraaaaaaangggggg *love banyak2*

Bising-bising pun, ada masa moody jugak. Tapi selalu orang yang tengah stress antara kami ni akan bagi amaran awal-awal jangan kacau dia sebab kang tak memasal kena marah hahaah. Kira kalau dah bagitau tu, pandai-pandailah yang lain jangan kacau kan.
Bulan puasa haritu, selalu sahur dengan berbuka sekali masa awal-awal. Sahur pun dah bising rumah ni. Tak pernah sunyi kot? Ada je bahan. Adaaaaaaaaaaaa je, mesti ada punyalah. Selalunya Scya yang kejut diorang bangun. Aihhhh ada yang liat. Kadang sampai dua tiga kali kejut baru bangun. Hahaha.
Tapi berbuka jarang lengkap. Ada yang berbuka dengan kawan-kawan lain kat luar. Scya pun masa kekadang berbuka kat kelas.
Lepas dah habis minggu kuliah, seorang demi seorang balik. Mula-mula Shera & Ain.
Mulahari Khamis, berturutan balik.
Hari Khamis, Yati.
Jumaat, Aini.
Sabtu, Mira.
Ahad, Scya.
Aktiviti terakhir masa dah tinggal bertiga dengan KakSyad & Huda hahaha takde keje betul acah jadi model :P
Tak plan pun, tapi dah berturutan macam tu nak buat macam mana kan haha. Tinggal Huda & KakSyad. Lepas raya nanti ada yang masih ada exam, tapi ramainya lain tarikh. Jadi, tak semua akan jumpa balik. Sebenarnya banyak lagi nak taip, tapi tak apalah, biarlah dalam memori je.
Korang, all the best for everything you do in future. To those who'll start industrial training, do the best, try to learn as much as you can. KakSyad, semester depan dah semester 6, semoga kita sempat konvo sekali setahun lagi. Yang lain, lepas ni ada adik-adik baru. Jadilah kakak-kakak yang baik, ye?
Sayang korang ^_^
5C10 in memories:
Aini, Ain, KakSyad, Mira, Huda, Yati, Shera, KakScya.






