Arghh dilema.
Dilema yang amat nak pilih elektif apa.
Ikut-ikut hati nak ambil subjek Library Science.
Tapi masalahnya, MLS semua kelas hari Sabtu.
Kalau boleh tak nak kelas Sabtu sebab Sabtu banyak aktiviti komander selalunya. huu~
Kalau pilih subjek dari program Rekod, risau tak boleh bawa.
Dua pilihan terakhir adalah Information Management (IM), & program sendiri, Knowledge Management (KM).
Sebolehnya nak elak ambil IM.
Tapi takkan nak ambil KM? Sebabnya, risau tak boleh bawa jugak. KM sendiri dah susah, malah antara semua program Master dalam FIM, KM ni yang paling ramai tak berani nak ambil. Based on result yang keluar baru-baru ni pun, program lain ramai yang skor, dengar ceritanya begitu. Kawan sendiri pun skor.
Ada tanya keputusan classmates yang lain, semua sorok. Sembang dengan Fie, dia pun tak APF. Terkojuttt den sebab aku expect dia skor tapi result dia pun lebih kurang aku.
Dia cakap dia kecewa. Hmm samalah situasi kami. Rasa macam dah struggle gila semester 1 haritu, tapi entah, rezeki tak menyebelahi kami. Semester 2 ni berhajat nak lepak library selalu.
Aku selalu lepak Bilik Gerakan Komander je, study sorang. Tapi Semester akan datang ni nak cuba belajar dalam kumpulan. Kalau dengan Fie, Mira & Didie, kira aku boleh percaya lah. Fie serius bab-bab belajar ni.
Lagi satu, ambil Sarjana yang program bergantung dengan Kerja Kursus (Coursework) ni memang kena fokus pada kerja kursus lah cerita dia. Tak ada peperiksaan akhir, cuma ada ujian sikit je itupun cuma berapa peratus sahaja.
Jadi, pada pendapat aku sendiri, sepatutnya memang boleh skor sebabnya kerja kursus ni adalah on-going process since kita akan consult dengan pensyarah untuk setiap progress kerja.
Berbalik pada topik asal, pasal nak pilih elektif ni.
Adudududuuuuu~~





