SALAM Terakhir.




Aku rasa, antara kawan-kawan kelas mungkin keputusan aku paling teruk HAHA nampak macam semua orang perform semester ni kecuali aku. Tak apa, alhamdulillah. Selesai pengajian peringkat ini. Belum bercadang nak sambung lagi, tak larat.

Semester ni, dari awal tak expect dapat result bagus sebab semester ini pada aku, adalah semester paling disaster sekali. Hari pertama aku jejak kolej, dah menangis sampai pukul 5 pagi. Minggu pertama dah demam.

Semester ni, aku terbawa-bawa emosi sehingga terganggu konsentrasi aku. Tapi entah, aku rasa macam tak kisah. Tak tahu kenapa, semester ni aku rasa malas yakmat, masyaAllah. Rasa nak berhenti belajar pun ada sebenarnya tapi memandangkan dah semester akhir, aku cuba bertahan.

Dalam banyak-banyak semester sepanjang aku berada dalam universiti, semester akhir Master ni lah aku rasa lain macam sikit mood. Kelaut. Kerja paling tak bagus, lambat siap, tak faham itu ini. Aku betul-betul nak putus asa dah dari awal semester haritu. 



Tapi ada satu kekuatan yang buat aku terus bertahan. Apa dia? Biarlah aku sahaja yang tahu. Terima kasih kepada sumber kekuatan itu. Tapi dari sumber itu juga datangnya kesakitan ketika sepanjang semester. Dari awal sehingga habis.

Sumber itu juga yang banyak bantu aku selama ni. Aku tak mampu nak balas apa-apa. Terima kasih untuk segalanya.

Sekarang, fokus untuk kerjaya.

Mohon doa semuanya.