Assalamualaikum, salam Ramadhan Mubarak guys !
Posting kali ini Scya nak kongsi cara paling mudah buat poster tanpa menggunakan application software yang gempak. Cuma guna MICROSOFT OFFICE POWER POINT (PPT) je ! Yelah, tak semua reti nak guna Adobe ke apa ke~ tapi PPT mesti ramai tahu guna, kan kan? Maklumlah, sesetengah pensyarah kan nak pelajar bentang hasil kerja dalam bentuk poster.
Jadi, tutorial ni sangat mudah dan simple. Hasilnya akan bergantung kepada daya kreativiti korang nak jadikan hasil akhir poster tu macam mana, okay?
Okay, let's start ~ !
Untuk lihat gambar dengan lebih jelas, klik je, okay? :D
BTW, maaf ye sebab Scya guna versi 2013 je, tapi asasnya sama je.



Untuk lihat gambar dengan lebih jelas, klik je, okay? :D
BTW, maaf ye sebab Scya guna versi 2013 je, tapi asasnya sama je.



1) Mula-mula sekali, buka PPT korang macam biasa, pilih blank presentation.
2) Kemudian, pergi ke tab DESIGN
3) Pergi ke SLIDE SIZE, pilih CUSTOM SLIDE SIZE
4) Pilih saiz yang korang nak. Macam Scya, untuk poster selalu Scya pilih A3. Andaikata korang nak cetak dalam A1 atau A2 pun, pilih A3 juga. Nanti masa print kat kedai boleh minta saiz yang hendak dicetak.
5) Pilih orientation, sama ada mahu dalam bentuk POTRAIT atau LANDSCAPE
6) Kemudian pilih LAYOUT. Sebabkan kita nak design ikut citarasa sendiri, pilihlah BLANK tu.
7) BTW, untuk DESIGN, kalau malas korang boleh ambil je design sedia ada dalam PPT tu. Ala sama macam nak buat slide presentation dalam kelas juga, tak ada beza pun.
8) Kemudian, buat poster yang korang nak tu macam biasa. Gunalah fungsi-fungsi yang ada dalam PPT tu. Nak masukkan gambar, tulisan, bentuk dan yang sewaktu denganya. SERLAHKAN DAYA KREATIVITI ANDA !!
9) Haa, dah siap? Okay, untuk SAVE, Scya cadangkan supaya hasil akhir tu disimpan dalam bentuk PDF supaya senang nak cetak kat kedai nanti ! Mintalah dekat staf kedai tu saiz apa yang dimahukan, okay?
Ni contoh VIEW dalam PDF .
Ni contoh simple-simple je untuk tutorial ni. Poster bawah ni aturan aktiviti ibadah Scya untuk bulan Ramadhan tahun ini. Korang boleh design lagi cantik lagi lawa daripada yang ini, okay?
SO, GOODLUCK KORANG BAGI YANG CUBA GUNA TUTORIAL NI !!













