Assalamualaikum~
oh well. sebenarnya aku menaip sebab tiba2 rasa nervous memikirkan hari esok (12 Julai 2012). kenapa dengan esok? wuuuu. esok adalah hari Annual Grand Meeting Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana.
perlu ke aku nervous?
PERLU ! HAHA sebab aku telah dicalonkan untuk jawatan Timbalan Pengerusi I, Timbalan Setiausaha dan Timbalan Bendahari. Untuk organisasi yang sebegini, aku anggap perkara ni sangat besarrrrrrrrr. huhu~ MPKK ni macam MPP jugak fungsinya tapi fokus hanya untuk kebajikan Komander Kesatria.
nervous aku datang bila Cik Faiz post di wall group MPKK di facebook Podcast manifesto semua calon bagi jawatan2 Majlis Tertinggi. pasal manifesto tuuuu~ urh ! blur jugak aku sebenarnya sebab aku tak pernah menjawat jawatan yang tinggi2 ni dulu. I mean, untuk organisasi besar. kalau setakat sekolah dulu apa lah sangat kan.
jadi alkisahnya, masa diminta untuk buat manifesto, sesungguhnya aku sangat blurrr. jadi, aku tanya pada senior2 yang dah habis iaitu KM(B) Ainun, KM(B) Shukri dan KM(B) Faris. aku jugakk tanya junior sebaya hahaha KRM Sharifuddin. aku berani tanya Din sebab aku tahu dan yakin dia boleh bagi jawapan yang aku nak.
dan, hasilnya, apa yang aku dapat daripada diorang tu kena dengan apa yang ada dalam fikiran aku. jadi masa di-interbiu (by phone call je punnnn) aku jawablah soalan2 yang ditanya dan manifesto aku:
1) Mewujudkan hubungan silaturahim yang erat antara semua komander
Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana ni terpisah dek jarak walaupun berada di bawah pentadbiran MPKK yang sama. sesetengah tu jarang join aktivti jadi tak berapa kenal dengan komander dari lain2 kampus, even aku sendiri kurang kenal dengan komander Puncak Alam tu. hanya yang rapat je yang aku kenal.
2) Memastikan agenda MPKK yang bakal dirancang dilaksanakan dengan jayanya
Jadi aku fikir, kalau tak ada apa aktiviti mungkin kurang peluang untuk eratkan hubungan silaturahim tu kan. semester ni aktivti banyak yang terbantut oleh sebab hal2 yang tertentu dan jugakk, mungkin konflik dalaman. jadi aku harap andaikata aku terpilih, aku mampu membantu untuk pulihkan keadaan yang sedikit keruh sekarang ni.
3) Mewujudkan pengkalan data yang lebih sistematik
Actually, aku dah work on pun database untuk MPKK ni sebab aku jadikannya sebagai Final Project haritu cuma terlalu banyak kekurangan yang aku harap, aku boleh baiki dengan bantuan orang lain nanti. benda besar nak buat sorang2 pun susah kan??
To be truth, aku sebenarnya cuak. Aku tak berani janji apa yang aku katakan aku mampu tunaikan tapi sebagai manusia dan yang paling penting sebagai hamba Tuhan Yang Esa, aku yakin Allah akan sentiasa ada saat2 aku memerlukan. aku tahu jawatan ni bukan mudah untuk dipegang malah terlalu berat sebenarnya.
aku cuma harap ada tangan2 yang akan sama2 membantu untuk sama2 mengharungi dugaan dan cabaran andaikata kami sama2 terpilih nanti.
Kita manusia hanya mampu merancang.
Rancang dan usahakan.
Gagal sekali bukan gagal selamanya.
kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.
semoga majlis esok berlangsung dengan jayanya.
Mimpi ke bintang:
Bintang bintang bersinar






