Penghias Dunia



"Dakwah seorang suami, bukan nak petik mawar berduri. Tapi untuk tanam, baja dan semai pokok bunga mawar tu. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar"

Entri sebelum ni ada update pasal AGM MPKK yang buat jantung ni berdebar2. Dan, hasilkan demokrasi terpimpim (aceyh) aku menang 54 undi daripada 84 pengundi (if i'm not mistaken) untuk jawatan Timbalan Pengerusi 1 untuk Majlis Teringgi MPKK 2013/2014. sangat terkejut sebenarnya sebab jurang perbezaan dengan sahabat yang turut jadi calon tu agak ketara.

dan berdoa semoga pimpinan baru ni dapat menjernihkan keadaan keruh yang ditinggalkan pimpinan sebelum ni. terfikir gak untuk setahun akan datang untuk bawak konsep USRAH. masih dalam proses merangka konsep.

semester depan confirm akan terlalu sibuk. Jambori Tahunan Komander Kesatria akan berlangsung di UiTM Puncak Alam which means kamilah tangan kaki yang akan menguruskan itu ini. kata sibuknya sebab, ahli MT MPKK (Pengerusi, Timb. Pengerusi 1, Timb. Pengerusi 2) merupakan Conducting Commander 1 yang mana bekerja terus di bawah Unit Kokurikulum. kena bahagikan tepat2 supaya tak bercelaru untuk buat aktiviti di bawah Unit dan MPKK.



 Mimpi ke Bintang:
Tak guna orang memberi peringatan kepada kita kalau hati tak terbuka menerimanya.
Bukalah hati, bukalah minda, tak rugi, tak sia-sia.
Bintang bakal menyinar.