Bertemankan gelap
Jelaga menghalang pemandangan
Tapi kini pandangan semakin kelam
Tak nampak lagi apa dihadapan
Mahu baring saja di tengah jalan
Dibawah matahari
Biar keliru
Mana peluh mana airmata
Lelah ini tak ada makna
Masinnya sama
Namun
Pahitnya berbeza





