Dia tinggi. Dia kurus. Dia berkaliber. Dia berkepimpinan. Dia itu dan ini. Dan yg paling aku suka, DIA ATHELTE. ahahaah~ terus aku teringat cita-cita aku masa zaman kanak-kanak ribena aku nak kahwin dengan spesies cenggini sebab tu dulu aku suka sukan. kahkah kecik-kecik dah gatal sebab tu besar jadi miang.
Orang kata. Dia garang. Dia menakutkan. Dia serius. Ish. Dia? Mereka tak percaya tentang dia yg sebenar pabila aku ceritakan. Aku senyum. Sebab aku juga fikir dia begitu. Dan aku tahu juga dia ada ego yg tingginya melangit. Tak nak aku sentuh bab ego sebab dia memang begitu. Maklumlah, anak tengah kata.
Sebab aku tahu dia manis, tapi kelat. Banyak benda yang aku suka pasal dia. Dan banyak perkara rahsia yg aku nak dia tau tapi aku tak nak cerita. Tentang sejak bila sebenarnya, dan kenapa. Apa?
Untuk sebulan dua ni banyak kenangan manis yg mampu buat aku diabetes. Aku asyik senyum doplohpatjam kata budak-budak ni. Aku mampu susun aksara-aksara rasa macam dulu, macam sebelum empat tahun dulu. Hari-hari aku ada dia. Dia yang menghiburkan hati dengan perangai sweetBUTserious dia tu.
Dulu, tak ada masalah pun aku berdepan dengan dia. Relaks. Tapi sekarang, entah kenapa semakin hari semakin berdebar kalau dia ada disekeliling aku. Aku sendiri tak tahu kenapa. Dan aku sendiri stress hahahahaha. Tapi, aku suka.
Aku suka setiap saat dia tanya kenapa dan bagaimana. Aku suka setiap saat dia marah bila aku tak buat apa yg sebenarnya. Aku suka. Aku suka. Aku suka setiap satu perkara yg dia ambil berat. Aku suka bila dia kata aku perlu ada untuk saksikan penat lelahnya. Aku suka bila dia mahu begitu. Sungguh aku suka. Hati ini dah jatuh sayang. Sayang. Dan sayang. Biarpun kami tak ada apa.
Tapi.
Sejak haritu, aku mula rasa dingin. Salah aku mungkin. Eh, bukan mungkin. Memang salah aku. Aku tahu dia perlu masa. Entah kenapa aku terasa. 'Disitu', aku tahu dia ada, tapi aku tak tahu siapa yg dia sapa. Aku tak tahu apa punca kedinginan ni. Yg aku tahu, aku sakit. Dan sakit. Dan semakin sakit. Sedangkan kami tak pernah ada apa-apa.
Kenapa sakit ni hadir?
Aku rindu. Sungguh aku rindu. Tapi mampu bermonolog sendirian sahaja. Untuk pertama kalinya airmata aku tumpah untuk orang yg aku suka. Macam kelakar.
Untuk beberapa hari ni aku sangat benci malam. Malam buat aku teringat yg amat tentang dia. Sampai satu tahap aku tak mampu tahan lalu aku susun kata-kata dan, aku rasa, itu dah menggores hati dia. Kadang-kadang aku tak sedar, kami tak ada apa-apa.
Cuma sama-sama simpan rasa.
Sekarang aku tak tahu apa masih sama?
Atau sudah berbeza?
Hubungan ini memang dari asalnya tak pernah berubah. Sebelum dan selepas, hubungan ini hanya atas dasar persahabatan. Tapi dia juga pernah pujuk hati ni, tegaskan, 'persahabatan yg menjurus kearah itu'. Cuma tak nak hubungan ni jahanam sebelum sampai masa.
Aku tak tahu apa cerita dia sekarang.
Sebab dia dah berhenti membalas.
Tapi aku nak dia tahu,
biarpun aku kata begitu,
hati ni menidakkan.
Hati ni masih sama.
Masih serupa.
Cuma.
Aku selalu alpa,
Anggap kita ada apa-apa.
Aku nak dia tahu.
Aku masih harap dia disitu.
Diam dan memerhatikan aku.
Biar tak ada cerita, biar tak ada suara.
Cukup dia tengok aku, aku tengok dia.
Tapi.
Ini sekadar harapan aku.
Entah apa mungkin dia akan buat begitu?
Aku sendiri tak tahu.
Aku letak jarak,
bukan untuk perpisahan.
Tapi untuk menguatkan.
Kalau benar, aku rasa.
Kalau tidak, kita lupakan saja.
Cuma, kalau tidak, jangan buat aku tanam harapan.
Impian yg pernah aku ceritakan.
Secepat mungkin terangkan.
Dan beri aku penjelasan.
Sekarang aku pergi sekejap.
Takkan ganggu lagi.
Tapi aku masih disini.
Diam.
Menanti kau hadir lagi.
Seperti sebelum ini.
Untuk pertama kali, aku menulis dengan sesuatu yg bergenang di tubir mata.....
Entah kenapa aku yakin yg kau takkan mengecewakan.....
Aku sendiri tak pasti kenapa aku berfikiran yg sedemikian.....
Aku takkan pernah lupa,
yg kau ucap,
Aku sayang kau Syahierah ( _______, 2014)
- Dewi.........................






