Pelan-pelan Kayuh

Assalamualaikum.

Wow. It's been a long time huh?

Meh nak cerita.

Ini cerita tentang seseorang. 
Seseorang.




*                    *                    *                    *


Status sekarang ni masih lagi penanam anggur sebab anggur belum berbuah jadi sambil-sambil tu praktis jadi surirumah merangkap bakal isteri solehah kengkononnya. Jadi dah cenggitu, bila dah siap semua kerja rumah mula melangut tengok jam sambil teringat alkisah hidup sepanjang dua-puluh-dua-tahun-lebih-sikit ni.

Cuma teringat zaman-zaman tak berapa nak matang tu (sekarang kira matang sikit kot). Aku pernah kata aku tak terjebak dengan kejutan budaya tapi lepas fikir-fikir tenung-tenung zappp sakitnya tuh disini *tunjuk hati*

Memang silap sendiri tak sedar selama ni. Lepas SPM aku masuk Asasi dan kat situlah kiranya aku mungkin terkejut sikit. Cenggini, dulu zaman sekolah menengah aku terlindung dengan iklim dini, masih terjaga walaupun ada lah nakal sikit-sikit biasalah budak baru nak up kan. Paling-paling pun aku sodorm (solat dalam dorm) Subuh, bawa henpon, start akhir tahun Form 3 dah mula menggatal. Sungguh la aku regret sangat bila teringat tapi aku anggap tu sebagai pengajaran.

Jadi lepas masuk Asasi tu, aku mula kenal manusia daripada pelbagai latar belakang. Anak orang kaya, sederhana, mampu cukup-cukup, banyak lah tapi semua ni spesies daya intelektual tinggi. Dan masa ni juga aku mula ada kengkawan yang free-hair, seksi, dan hmmm senang cerita yang aku tak jumpa masa sekolah and I thought, that was normal. Lama-lama aku sendiri terjebak, tudung lama-lama makin singkat, baju makin lama makin ketat, stokin stongan semua entah ke mana. Hilang identiti orang kata.

Aku pernah ingat mak cakap, 'Mak malu awak pakai macam tu'.
Tapi masa tu aku tak kisah mak cakap, jadi aku cover. Kat U pakai camtu, kat rumah aku tunjuk baik lah pakai labuh sikit.

Sampai masuk Ijazah Sarjana Muda, aku masih macam tu dalam Semester 1. Tapi entah macam mana aku tak ingat, cuma rasa tak senang tak tenang. Aku rasa malu dengan diri sendiri. Kenapa aku macam ni? Sampai Semester 2, aku dapat rumet tudung labuh pakai jubah. Dia biasa-biasa saja, tapi begitulah dia. Sungguh aku malu.

Ada sekali tu kami pergi bandar dan kebetulan masuk waktu Zohor, ke surau lah cerita dia. Kebetulan haritu Jumaat, so ada budak-budak sekolah asrama yang outing. Aku tertarik pada adik-adik yang pakai tudung labuh tu. Tak payah susah-susah rebut telekung dah boleh solat. Aku? Then teringat sesuatu.

Pakaian yang menutup aurat adalah pakaian yang boleh dibawa solat.

Masa tu rasa, Allahu. Allahu. Tak mampu nak cakap. Kebetulan lagi, ada satu keluarga ni. Dari mak sampai ke anak semua tudung labuh. Anak bukan besar, yang sulung tu aku kira dalam darjah dua atau tiga gitu. Mak solat, anak perempuan sulung yang itulah tolong jaga adik-adik kecil. Betapa baiknya lahai, diam tak menangis. Sungguh, terfikir dalam kepala otak masa tu, 'Mesti didikan walidain diorang ni tip top first class'.

Mula dari situ, aku pelan-pelan cari arah. Mula dengan pakai stokin. Bila dah pakai stokin confirm akan terdetik dalam hati eh takkan dah tutup kaki baju cenggini lagi? So aku korek baju-baju yang pernah aku pakai dulu dan senyum sendiri, masih muat. Dah biasa pakai stokin aku tambah lagi dengan stongan *handsock*

Somehow I feel much better, much much better. Jadi, aku nekad untuk kembali pakai tudung labuh. Mula Semester 5, aku tinggal tudung-tudung pendek kat rumah dan hanya bawa tudung labuh. Sebab aku tahu, kalau aku bawa juga tudung pendek tu aku takkan pakai tudung labuh, Jadi nak didik diri sendiri, aku buat macam tu. Nak tak nak aku kena pakai tudung labuh tu kalau tak memang tak ada tudung dah aku nak pakai.

Alhamdulillah.

Pelan-pelan kembali biasa dengan pakaian yang begini. Jujurnya aku masih on-off lagi. Sebab sayang tudung bidang 45 dulu tu, takkan nak membazir pula so aku pakai cuma aku labuhkan macam pakai tudung bidang 60 tambah syria kat dalam elak jarang.

Masih terlalu banyak untuk aku ubah.
Maih terlalu banyak perlu aku hijrah.
Entah masa masih ada lagi;
yang pasti makin suntuk setiap saat.

Aku takut aku tak sempat.

Sungguh aku takut.

Hijrah bukan susah.
Istiqomah pun bukan mudah.
Semoga seorang aku terus berusaha,
mendakap redha Sang Pencipta.