Boleh, boleh. Dengan syarat dapatkan Ijazah Sarjana Kepujian Kelas Pertama.
Assalamualaikum.
Hiks. Semalam (14/8/2015), tarikh keluar keputusan peperiksaan UiTM. Dan-dan ramai yang PM tanya pasal pelepasan bayaran PTPTN.
Okay, syarat paling utama adalah kau dapat 1st class degree, kalau UiTM, 3.50 dah 1st class dah. So nah ni aku bagi sikit info:
1. Pemohon dinasihatkan untuk memahami syarat-syarat untuk mendapatkan pengecualian bayaran balik pembiayaan daripada PTPTN
2. Semua Salinan Dokumen Hendaklah Disahkan Oleh Pegawai Pengesah Salinan Dokumen Yang Layak (Hanya Pegawai Kumpulan A Bahagian Akademik/ Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah pelajar sahaja)
Kalau UiTM, boleh pergi ke Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar dan Konvokesyen. Pejabat tu ada dekat Menara SAAS, UiTM Shah Alam. Nak senang cari, naik tangga depan Pos Malaysia tu, terus sampai. hiks.
3. Pemohon dinasihatkan supaya mengemukakan dokumen yang diperlukan yang lengkap kepada PTPTN
4. Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke Pejabat PTPTN Negeri
5. Permohonan yang tidak layak dan tidak akan dipertimbangkan kelulusan kelas pertama adalah seperti berikut:
5.1 Diploma/ Sarjana/ PhD5.2 Mendapat Kepujian Ijazah Kelas Kedua5.3 Kursus tidak sama dalam Perjanjian5.4 Kursus yang diikuti tidak mendapat pengiktirafan MQA5.5 Membuat pelanjutan selain sebab perubahan struktur dan kesihatan
6. Penerima biaya perlu membuat bayaran balik sepertimana yang ditetapkan sehingga permohonan pengecualian bayaran balik diluluskan. Bagi mana-mana penerima biaya yang diluluskan dan telah membuat bayaran balik pembiayaan pendidikan secara penuh/sebahagian, PTPTN akan membuat pemulangan kepada penerima biaya tersebut setelah ditolak apa-apa kos yang berkaitan (jika ada).
7. Penerima biaya yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan akan dipertimbangkan pengecualian setelah menjelaskan kos-kos guaman yang telah dikenakan.
8. Sekiranya penerima biaya mempunyai pembiayaan pendidikan di peringkat Integrasi/ Diploma dan pembiayaan pendidikan tersebut telah tertunggak, penerima biaya perlu menjelaskan terlebih dahulu tunggakan atau jumlah yang dipersetujui bersama bagi membolehkan permohonan pengecualian bayaran balik diproses.
Gigih tak aku copy&paste syarat-syarat tu? Haha. Ok kat sini aku cuma kongsikan sedikit syaratnya sahaja. So korang boleh klik link bawah ni untuk baca syarat penuh.
PELEPASAN BAYARAN PTPTN
Dalam link tu, semua dah lengkap dengan syarat, dokumen yang diperlukan, dan borang sekalii. Untuk lebih baik dan profesional, buat sekali surat rasmi permohonan.
Borang tu hantar ke mana-mana pejabat PTPTN negeri, ikutlah mana yang dekat dengan korang kan. Macam aku hantar by hand je haritu sebab kat Shah Alam je.
5 tahun duk Shah Alam, baru aku tahu pejabat tu ada dekat Menara MRCB je a.k.a sebelah Plaza Alam Sentral tu (T____T)
________________ * * * * * * * * * * ________________
Gigih tak aku copy&paste syarat-syarat tu? Haha. Ok kat sini aku cuma kongsikan sedikit syaratnya sahaja. So korang boleh klik link bawah ni untuk baca syarat penuh.
PELEPASAN BAYARAN PTPTNDalam link tu, semua dah lengkap dengan syarat, dokumen yang diperlukan, dan borang sekalii. Untuk lebih baik dan profesional, buat sekali surat rasmi permohonan.
Borang tu hantar ke mana-mana pejabat PTPTN negeri, ikutlah mana yang dekat dengan korang kan. Macam aku hantar by hand je haritu sebab kat Shah Alam je.
5 tahun duk Shah Alam, baru aku tahu pejabat tu ada dekat Menara MRCB je a.k.a sebelah Plaza Alam Sentral tu (T____T)





