Assalamualaikum.
Bismillah, semoga yang ditaip ini ada manfaat buat diri aku dan orang lain.
Sedang-sedang duduk merenung diri, teringat pada seseorang.
I had a friend who was quite special to me back then in 2009 which was during my SPM year. Dia ni spesies budak-budak nakal sikit. Kaki jamming. Kaki ponteng sekolah. He wrote me a song and until now I still can remember the lyrics and melody. He also smokes. Yeah you can imagine his personality kan dengan info yang sedikit ni.
One day, he told me he want to become a better person.
Selepas itu, kami tak berhubung. Lama. Aku tak pernah ambil tahu cerita dia. Sampai suatu hari aku terjumpa satu blog, tak tahu kenapa aku rasa nak cari pemilik blog tu sebab identitinya dirahsiakan. Tahu jelah, perempuan kan bab menyiasat ni setaraf Detective Conan hiks.
Unbelievable. It was him. The same person I knew in 2009 but with a different looks and personality. Allahuakbar ! Tanpa sedar aku malu sendiri. Tak aku sangka sehebat itu dia berubah. Dia ikut usrah, ikut program-program ilmiah. Dia semakin hebat dalam akademik. Dia...... Dia berubah 360° !!
Sungguh aku teruja.
Dan aku sedar, perubahannya adalah kerana Allah.
Betapa Allah permudahkan jalannya berubah menjadi yang lebih baik daripada yang sebelumnya. Ilmu agamanya bertambah, malah sekarang ni aku lihat dia memegang jawatan juga dalam organisasi yang disertainya.Orang kuat gitu~~~
NIATNYA LILLAHI TA'ALA.
Daripada dia, aku belajar sesuatu. Aku belajar sekiranya seseorang itu mahu bersungguh-sungguh mahu berubah, Allah s.w.t akan bukakan jalan untuknya.

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). [Al-Qasas 28:56]
Dan yang pasti, niat kena betul. Semua orang mampu berubah sekiranya dia benar-benar mahu. Allah tu Yang Maha Mengetahui isi hati hamba-hambanya. Sebab itu kena selalu berdoa, minta diberikan petunjuk.
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالسَّدَادَ
[Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu petunjuk dan kebenaran]
Bila niat dah betul, segalanya insyaALLAH mudah dan tak mustahil.
KUATKAN HATI
Tak dinafikan, jalan yang diambil mungkin sempit dan penuh liku. Dihambat dunia dan nafsu. Dikejar bayang silam. Dan sifat hati dan iman seorang manusia itu, tidak tetap. Sekejap naik, sekejap turun. Itu dugaannya.
اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك
[Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU]
Mungkin juga kawan-kawan akan pandang pelik atau hina pada kita yang mahu berubah ini. Abaikan sahaja orang macam ni. Kita mahu berubah kerana ingin meraih redhaNya. Letakkan matlamat kita untuk mengejar redha ALLAH.
Baru-baru ini aku ada baca tips nak kuat untuk berubah dari blog Tarbiah Sentap. Mari aku kongsikan disini:
- Lazimi taubat
- Setiap kali berbuat dosa, segera bertaubat dan jangan lengahkan
- Jaga solat
- Terutamanya solat 5 waktu. Jangan tinggal solat. Sesungguhnya solat itu adalah tiang agama.
- Bersahabat dengan orang yang baik-baik
- Dekatkan diri dengan orang yang boleh kita harap untuk menegur dan memberi nasihat kepada kita.
- Denda diri sendiri
- Sekiranya ada kita buat salah,buatlah sesuatu yang akan memberi pengajaran kepada kita. Kalau nak baik sikit, sambil denda sambil kumpul pahala. Contohnya, setiap kali buat salah dan sedar, bersedekah. Atau pun tolong mak. Atau pun tolong sesiapa. Ataupun apa-apa lah
- Baca Quran, doa dan zikir
- Selalulah baca surat cinta Allah tu dan tafsirnya sekali. Berzikir mengingati Allah, dan berdoa moga diberikan petunjuk dan hidayah
HATI SEBAGAI PUSAT PERUBAHAN
Ketahuilah, bahwa dalam tubuh terdapat mudghah (segumpal daging), jika ia baik, maka baik pula seluruh tubuhnya. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati. (HR. Bukhari dan Muslim)Jangan biarkan hati kita kosong tak berisi dengan iman. Takut-takut maksiat bersarang menitikkan noda hitam. Kesian hati kita nanti kan kan kan?
Jadi, nak jaga hati, rajin-rajinkan diri menghadiri majlis ilmu. Zaman sekarang mudah je, Youtube pun boleh, google pun boleh. Tapi pastikan sumbernya yang benar-benar sahaja. Kena rujuk orang yang lebih berilmu juga ye.
Selain tu, cuba untuk hindari maksiat mata, telinga, mulut , dan paling penting maksiat hati. Elakkan menyimpan hasad dengki, buang ego dan sebagainya.
* * * _________________________ * * *
Sebenarnya point utama aku dalam entri ni adalah langkah pertama untuk berubah.
Mulakan dengan niat, yang tempatnya dalam hati,
Nak pastikan niat tu ikhlas, kena jaga hati. Sebab dengan hati ni, macam-macam boleh jadi.
Akhirul kalam;
Wahai sahabat, sekiranya hidayah datang menjengukmu, maka bukalah pintu hati dan terima kehadirannya dengan ikhlas.
Kalau kita betul-betul mahu berubah,
nescaya Allah akan bukakan jalan,
permudahkan urusan.
Have faith in Allah.
Have faith in yourself.





