Kita di Tempat Masing-masing

Ada kawan,
sebelum SPM dah kahwin.
Surirumah sepenuh masa,
anak dah masuk 3,
suami romantik amat,
rezeki alhamdulillah, murah.

Ada kawan,
habis sarjana muda awal,
tak kerja,
tapi dah kahwin,
anak dah masuk seorang.

Ada kawan,
habis sarjana muda lambat,
lepas habis terus dapat kerja,
rezeki murah, kahwin awal,
perut dah ada isi 4 bulan.

Ada kawan,
lepas SPM tak sambung belajar,
terus kerja dan kerja,
kerja biasa-biasa sahaja,
tapi rezeki alhamdulillah,
tak pernah putus.

Ada kawan,
keputusan peperiksaan tak pernah tak cemerlang,
bidang pengajian juga bidang yang bukan calang-calang,
habis belajar tak juga bekerja dalam bidang,
tapi masih menyumbang untuk masyarakat,
berkongsi ilmu supaya lebih berkat.

Kita ini,
habis belajar awal,
mohon kerja ke sudah tak dapat,
usaha dengan sambung pengajian lagi,
masih bergelumang dengan buku dan kertas,
berlari berkejar ke kelas,
soal jodoh?
usaha sudah,
doa sudah,
tawakkal sudah,
belum juga sampai,
yang ada juga masih samar-samar.

Tapi harus sedar,
kita di tempat kita sepatutnya,
rezeki ada di mana-mana,
cuma tempat kita berbeza.

Terus berusaha,
semoga tidak putus asa,


p/s: kadang-kadang orang tak nampak usaha kita.