
Baru-baru ni keputusan semester lepas keluar. Alhamdulillah, tak ada yang gagal. Risau asalnya, sebab target ada dua subjek yang aku akan gagal. Walaupun tak berapa nak skor, tapi masih bersyukur lulus semua. Dengan kesibukan semester lepas, entah berapa banyak kali aku ponteng kelas, bersurat atau tidak.
Banyak dugaan semester lepas sebenarnya. Bergelut dengan diri sendiri, dengan emosi.
Dalam-dalam rebah kerana emosi, ada juga tangan yang tolong tarik secara tak langsung.
Berkejaran aku siapkan semua tugasan. Nak-nak yang kena siap dalam bulan November & Disember. Sibuk dengan program panjat gunung, jambori. Terhad masa yang aku ada.
Eh tak, tak sebenarnya. Masa siang tu banyak memandangkan aku kelas petang. Tapi banyak tidur juga sebab penat. Entah.
Emosi aku agak terganggu masa awal semester. Tapi alhamdulillah, dah hujung semester ada yang support. Terharu pun ada.
Ada yang tolong teman buat assignment, stay up sampai pagi dekat KFC. Yang tolong bagi semangat. Cukuplah dengan sokongan yang ada. Penat-penat pun siap juga.
Semester akan datang?
Entah. Sebenarnya, kalau tak ada sokongan tu sebelum ni, aku dah fikir nak berhenti belajar. Tapi sebab ada dia, aku teruskan. Walaupun masa tu aku tahu hm.......tak ada apalah.
Penat sebenarnya.
Tak tahu mampu ke tak nak habiskan padahal sikit je lagi. Semester akhir dah ni. Setakat 3 sem apalah sangat nak banding dengan 7 sem masa degree haritu, kan?
Tabahlah Scya.
Semoga terus kuat menghadapi hari-hari mendatang.
Semoga tesis siap dalam masa yang ditetapkan.
TAK NAK REPEAT T___T





