Pelan Masa Depan


"Kita kena ada isi rumah lebih kurang RM X, XXX"


Perancangan begitu setakat ini. Ya, tak mudah sebab tu kena usaha. Sejujurnya, takut nak bergerak ke masa depan. Takut pelan cuma tinggal pelan. Takut perancangan yang diatur tak dapat dilaksanakan bersama.

Sudah pasti, bukan mudah nak bertahan. Sembang-sembang, demi nak menyambung kelangsungan hidup, dua-dua kena cari jalan. Tak boleh nak harap seorang sahaja.

Sebagai perempuan, dah umur-umur macam ni memang akan takut, kalau-kalau tak 'jadi'. Sebab lama-lama akan rasa trauma dan malas nak mula semula. Maksudnya, kenal orang baru, kenal perangai baru, dan yang sewaktu dengannya.

Tapi itulah, manusia sekadar merancang, Allah yang menentukan. Sebaik-baik perancangan, Dia punya yang lebih utama.

Yukk~ doakan yang terbaik.