Dia rasa dunia ni gelap,
tak ada cahaya,
tak ada sesiapa yang nak pimpin tangan
dan bawanya berjalan.
Dia nampak ada satu rumah yang bercahaya
dan dia berani masuk,
rumah yang bercahaya tapi
dalamnya bersepah,
nak berjalan dari ruang ke ruang pun susah.
Tapi dia tetap masuk,
sebab dia tak nampak cahaya dari rumah yang lain,
lalu membuat keputusan
untuk tinggal disitu.
Perlahan-lahan dia kemaskan sepah-sepah yang ada,
semakin hari semakin kemas,
dan dia semakin selesa,
sehingga ada satu hari pintu diketuk,
ada yang mahu menumpang,
namun tak dia benarkan.
Ada ketika,
lampu rumah itu malap
membuatkan dia takut.
Sehingga satu hari,
entah bagaimana dia terlanggar lampu yang
selama ini menerangkan rumah,
lalu pecah,
terus gelap tanpa cahaya.
Terduduk dihujung sudut ruang,
menangis ketakutan,





