Untuk posting kali ini saja nak kongsi pengalaman temuduga pertama tahun 2018. Kali terakhir datang temuduga pada akhir tahun 2015 untuk jawatan Pustakawan di UiTM Cawangan Pahang, tapi tak ada rezeki, cuma setakat sebagai calon simpanan je dan dah terhapus pun ke-valid-an status tersebut.
Sebenarnya tak perasan pun ada e-mail daripada MAC ni sebab masa tu ada di Melaka, duduk rumah Kakngah teman dia sebab abang ipar tak sihat, duduk dalam hospital. Kebetulan hari Rabu (minggu sebelum) terbuka hati nak buka GMail dan whoooopss~~~ tinggal kurang seminggu je nak bersedia ! Berkira-kira juga sebenarnya nak pergi ke tak masa tu tapi sebab orang sekeliling sokong suruh pergi, jadi pergi. Silapnya, masa tu tak terus tempah hotel !! Jadi memang gelabah buat preparation sampai kasut pun salah beli saiz. Masa cuba kat kedai muat, tiba-tiba masa hari kejadian tak muat. Pelik betul.
Alkisahnya, Google pengalaman orang temuduga MAC tapi semua untuk DG41, tak ada pun yg S41. Haihh jenuhhhh. Isnin, sehari sebelum hari kejadian, dari pagi tu siapkan segala jenis borang dan pengesahan. Untuk temuduga MARA, kebiasaanya salinan I/C dan surat beranak perlu pengesahan JPN. Nasib baik adik cuti, jadi merempitlah dengan dia pergi JPN dekat pekan tu. Sup sap sup sap, petang tu pukul 3pm gerak ke Sungai Jawi, Pulau Pinang. Kepenatan yang teramat sebab memang 2 minggu tak rehat masa tu.
Atas kesilapan tak tempah hotel awal-awal, masyaALLAH seksanya nak cari tempat tidur. Hotel dan homestay semua penuh. Cari sampai ke sudah, akhir sekali tempah motel di Simpang Ampat, dalam 20 minit juga nak ke ILKM tu sebab banyak nauu traffic light.
Sampailah pada hari kejadian, Selasa. Ramailah manusia-manusia yang datang dah macam daftar masuk universiti. Ramai yang pakai uniform biru. Pelik juga, takkan lah ramai sangat urusetia? Rupanya calon luar tak ramai sangat. Yang pakai uniform tu semua calon staf MARA yang datang temuduga untuk kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL). Lagilah rasa kuat persaingan!
Selepas pendaftaran, ada sesi taklimat awal. Kami dimaklumlah bahawa permohonan jawatan yang diterima ada 26, 000 tapi yang dipanggil temuduga hanya 460 orang untuk semua jawatan. Perjalanan sesi temuduga yang sepatutnya adalah seperti berikut:
UJIAN KECERGASAN
UJIAN KECENDERUNGAN
UJIAN INDIVIDU
TEMUDUGA
UJIAN KECENDERUNGAN
UJIAN INDIVIDU
TEMUDUGAUJIAN KECERGASAN
Ujian kecergasan cuma perlu dilakukan calon luar sahaja. Kisahnya, yang kita ni dah tak fit mana. 20m bleep test rasa jauh sangat. Yakkkk ! Memang jauh benauuuu. Selalu buat training dengan Komander tak jauh macam tu pun? Masa tengok trek rasa macam, seriuslah?? Untuk bleep test, rasa kecewa dengan diri sendiri sebab tak capat target. Dapat habiskan Level 3 Shuttle 8 je weyy !! Tapi kira perform lah juga sebab calon perempuan lain berapa kerat je sampai Level Kebanyakannya habis level 2. Masa Scya punya sesi tu, cuma tinggal 2 orang je yang sampai sama level, Scya dan ada lagi sorang calon lain. TAPI SERIUS WEYH, SIS RASA TREK DIA JAUH (T____T) Mungkin selama ni buat tak betul-betul 20m kot hmmm.
Habis bleep test, gelabah pula tukar baju untuk ujian bertulis. Jenuh juga sebab entahlah, rasa macam kurang efisien susunan perjalanan temuduga pada hari tersebut. Dah macam pergi kem pula. Kejap ke sana kejap ke mari. Tapi tak apalah, mana tahu rezeki.
UJIAN INDIVIDU
Untuk ujian individu, kami jawab dalam dewan peperiksaan yang disediakan. Untuk jawatan Pustakawan S41, ada satu set soalan khas dalam bentuk objektif dan subjektif. Antara soalan objektif yang ditanya berkenaan:
- Perpustakaan MARA
- Pengarah MARA
- Pesta buku antarabangsa
- Persatuan Pustakawan Malaysia
- Perpustakaan Negara Malaysia
- RDA
Bagi soalan subjektif pula:
- Perpustakaan futuristik
- Promosi perpustakaan
- Sumbangan perpustakaan kepada organisasi
- Perancangan kelas literasi maklumat,
dan ada lagi soalan tapi tak berapa ingat. Itu kira skop yang ditanya. Berdasarkan waktu yang diberi dan soalan yang kena jawab, memang tak sempat jadi kena pandai bajet masa nak menjawab tu. Alhamdulillah, Scya dapat juga jawab cuma ada la dua tiga soalan objektif yang tak tahu.
Pokok pangkalnya, kena tahu tentang isu semasa berkenaan jawatan yang dipohon. Macam Pustakawan ni, kena tahulah pasal bila pesta buku diadakan, siapa presiden PPM terkini, bila WLIC 2018 dan dimana, dan yang sewaktu dengannya. Jujurnya, Scya memang tak sempat nak belajar mana sebelum datang, tapi alhamdulillah, updated dengan maklumat terkini sebab join Sembang Pustakawan di Facebook.
Ada juga orang depan risik-risik jawapan pada Scya HAHAHA.
UJIAN KECENDERUNGAN
Ujian kecenderungan atau Psyschometric Test ni gunanya untuk ujian personaliti diri individu. Tak ada salah dan tidak ada betulnya ujian ni, cuma yang penting jawab dengan jujur dan konsisten sebab personaliti akan dinilai berdasarkan hasil akhir daripada ujian ni.
Set soalan kami ada 160 soalan, cuma perlu jawab Ya/Tidak sahaja. Habis menjawab, kena kira jumlah dan masukkan ikut kotak yang disediakan atas kertas. Kita takkan tahu kecenderungan kita ke arah mana sebab yang akan menilai adalah pihak mereka nanti.
TEMUDUGA
Peringkat terakhir adalah temuduga secara berkumpulan. Masa ni baru tahu jumlah sebenar yang datang temuduga untuk jawatan Pustakawan kali ini cuma 13 orang. Maksudnya, kekosongan mungkin dalam satu atau dua sahaja. Cuak juga ! Cuma, sebab temuduga kami berlaku pada lewat petang, sudah agak kepenatan menunggu bak kata orang, dah baraiiiiii. Mental dah ke laut (Scya lah). Terasa penat badan yang teramat. Dan malangnya kasut pula buat hal hahah. Kisahnya, kami masuk bilik panel jam 5.30pm (lebih kurang) selepas 45 minit kumpulan sebelum kami masuk. Lama betul~~~
Ada 3 orang yang menjadi panel untuk temuduga jawatan tersebut. Flow pun macam biasa juga. Untuk panaskan badan, soalan perkenalan diri. Tapi sebab kejar masa, sesi kami kena buat short and sharp dan bila panel rasa dia nak potong, dia potong je apa kita cakap wuwuuu sedihnya. Antara soalan yang ditanya:
- Pendapat tentang perpustakaan futuristik
- Kalau diberi jawatan dengan gaji RM 2,000 dan hantar ke Sarawak, nak terima tak?
- Visi MARA?
- Satu perkataan yang menggambarkan MARA
- Pustakawan masih relevan?
- Kalau tengok TV, suka program yang macam mana?
- Digital library?
Saingan-saingan Scya adalah mereka-mereka yang telah mempunyai kerjaya, Scya seorang sahaja fresh graduate. Jadi, faham tak betapa berusahanya seorang saya nak market-kan diri nak mencelah nak dipandang dan yang sewaktu dengannya?
Jujurnya, Scya rasa tak berapa okay untuk sesi temuduga ni sebab memang tiap kali bercakap asyik kena potong dengan panel. Tak tahu sebab banyak sangat nak cakap atau apa. Sebab banding dengan calon yang lagi 3 orang tu, mereka sempat je cakap sampai habis tak kena potong. So, I was a bit out of mood masa sesi tu tapi cuba bertahan dan senyum juga hihihihi sabarlah wahai hati.
Apapun, setiap pengalaman ada pengajarannya. Pengajaran kali ini, JANGAN TEMPAH HOTEL LAMBAT ATAU TERFIKIR NAK CARI HOTEL ON-THE-SPOT KALAU ADA TEMUDUGA JAUH-JAUH hahahahahahahahahaah.
It's a warm up for 2018.
Best of luck to me, and to all too.
Pens off.





